Selamat tinggal..tenang lah..

by 10:46 0 comments
21/10/2015
Aku akan ingat baik2 tarikh ni
Perancangan tuhan
Saat dia tengah bahagia dengan kejayaannya
Kau ambil dia balik
Tuhan
Kenapa tidak kau izinkan dia bernafas seketika
Agar dia bisa berkongsi kegembiraanya
Pada semua yang menyayanginya

Tuhan
Aku merasa sakit
Aku merasa kehilangan
Hanya kau yang tahu betapa aku menyayanginya
Betapa hatiku berdetak kencang setiap kali melihat dia
Betapa lebar senyuman ku ketika bertemu dengannya
Betapa bahagia aku di saat dia menghubungi ku
Mengambil tahu semua gerak geri ku

Jumaat itu ak bahagia tuhan
Aku melihat dia tersenyum padaku
Aku bahagia ketika itu
Meski tiada kata antara kami
Aku sempat marah kepada kawanku
Kerana kawan ku mengatakan dia 
Tertarik melihatnya
Lalu ku tanpa segan mengatakan
Bahawa dia aku yang punya

Kau tahu tuhan
Betapa aku genbira setiap kali
Melihat dia
Kau tau setiap perancangan ku untuk ke tempatnya
Ingin melawat tempatnya
Ingin lihat cara hidupnya
Ingin menjadi satu dalam dirinya
Bahkan aku sering berimaginasi
Hidup bersamanya
Duduk di pantai dan melihat matahari terbenam

Tuhan
Aku kosong saat semua kawan-kawan memberitahu tentang berita ini
Aku menidakkan hal ini
Aku tidak mahu percaya bahawa itu dia
Yang terbaring kaku
Tuhan
Kenapa tidak di berikan kesempatan padanya..kenapaa..
Kenapa tidak berikan kesempatan padanya untuk biar dia membahagikan rasa gembiranya pada orang tuanya

Tuhan
Jagalah dia
Jauhkan seksa neraka mu darinya
Bawalah dia di sisi mu tuhan
Bahagiakan dia di sana

Buatmu
Aku mungkin selalu mengganggumu
Selalu membuat mu tidak tenang
Tapi percayalah
Hanya padamu ak begitu
Terima kasih pernah jadi kawan yang baik
Terima kasih pernah buat aku bahagia
Terima kasih pernah buat aku tersenyum
Terima kasih pernah buat hatiku berdegup kencang
Terima kasih pernah memberi ku kesempatan merasakan cintamu
Yakinlah
Dalam hati aku
Ada tempat istimewa untukmu
Allah menyayangimu sayang

Rest in peace
MITI @ QODREE TEOMPHOL
21/10/2015
Saya mencintaimu

Dari :
Budak malay yang menjengkelkan

Farhana Amylea

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment

Let's chit chat :)