warkah rindu ku pada sahabat..

by 17:17 0 comments
assalamualaikum.....

Tawau kurasakan sepi tanpa surat-suratmu.Bunyi angin yang mengepuk debu kering itu bagai membawa gemersik suaramu.Tetapi,aku tetap sedar bahawa engkau tidak pernah berada di sisi.Semenjak dahulu,kini dan selamanya.Hanya aku bermain illusi sendiri.Justeru,aku datang dengan wajah seorang kawan.Tidak minta dikasihi dan tidak minta dibenci.Hadirku untuk membantu melerai kekusutan.Aku yang memulakan salam pertemuan,selayaknya aku juga yang melafazkan salam perpisahan.

Ingatkah,sewaktu dirimu meletakkan harapan yang tinggi pada hubungan ini.Waktu itu betapa kita yakin bahawa hubungan ini akan utuh dan kukuh.Kita yakin susah senang mampu diharung dengan sabar.Masa itu kita masih muda,kita penuh dengan semangat serta azam.Kita kadang-kadang lupa dengan tribulasi,melihat cabaran dengan mata yamg kurang terbuka.Biar jauh atau dekat,biar senang atau susah,kita tetap mahu pastikan hubungan ini berjaya.

Aku terasing jauh dari bumi sendiri,terbang melintasi jalan yang berliku.Apabila diimbau sejarah kita,terasa seolah suatu kisah yang kita karang bersama adunan rasa jujur dan tulus.Walaupun hubungan kita tidak disuburkan dengan pertemuan.Kesefahaman dan kepercayaan telah menyiram benih-benih kemesraan.kita menjadi sahabat yang tolenrasi dan saling memahami.Ah,seolah sebuah kisah mitos yang tidak wujud,namun ia telah berlaku dalam hidup kita.

Antara kita,ada peristiwa yang menjadi kenangan abadi namun tidak bermaksud kita mengaggungkannya.Jadikan ia sekadar memori untuk diri sendiri.Sekadar nostalgia untuk diimbau kembali.Biarlah ia menjadi khazanah yang berharga atau mungkin sahaja hilang dipupus masa.Tiada yang menentukan.

Aku sudahi warkah ini di sini.aku masih berharap kau akan datang untuk menemui aku seperti hari itu.Kenangan yang terindah dalam hidup ku..aku akui aku semakin tidak mengambil berat tetangmu..maaf kan aku..itu sahaja dari aku...wasalam.

Farhana Amylea

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment

Let's chit chat :)